kim seok jin's BTS

kim seok jin's BTS

Saturday, May 9, 2015

Bab 1
“Kau dengar sikit cakap aku boleh tak Ad?” suara Fiz seakan menjerit kerana perlu berlawan suara dengan muzik di dalam disko tersebut. Apabila Fiz tidak menjawab dan cuba minum minuman keras yang tersedia di atas meja, serentak itu dia menghalang tangan Ad dari minum.
            Terus Ad menghentakkan gelas tersebut. “Kau dah kenapa Fiz? Aku bosanlah dengan kau. Dengan nenda lagi. Aku bosan tahu tak?!” Ad menengking ke arah Fiz. Terus dia berjalan keluar dari situ. Fiz mengikut dari belakang.
            Fiz menarik tangan Ad supaya berhadapan dengan dia. “Apa lagi kau ni? Nenda nak kau balik. Tu aje. Susah sangat ke? Payah sangat ke Ad? Kau lebih rela masuk sarang maksiat tu dari hadap muka nenda ke?” semakin tidak tentu arah Fiz melihat perangai Ad yang tidak pernah betul perangainya.
            Ad tersengih sinis. “Kau ni cucu nenda ke,balaci nenda? Sampai sanggup jemput aku balik macam ni?” suaranya seakan memerli Fiz. Ad terus berjalan tanpa menghiraukan Fiz. Kemudian dia berhenti seketika lalu menoleh semula ke arah Fiz.
“Kau dengar ni Fiz, aku dah tak sanggup nak duduk kat rumah yang macam neraka jahanam tu. Aku nak pergi jauh-jauh dari kauorang semua. Sekarang kau faham tak Fiz?!”
“Malam ni aje Ad. Tolong. For the last time? Nenda nak jumpa kau.”
“Aku dah takde kaitan dengan nenda sejak dia halau aku keluar dari rumah dia tu.” Dia bersandar ke keretanya.
Fiz memandang ke arah Ad sanbil mengeluh. “Aku nak ingatkan kau. Kau tu cucu nenda. Nenda tu, yang kau maki hari-hari tu, yang kau benci tu nenek kau dan nenek aku juga.”
Ad yang sudah tidak betah mendengar semua yang keluar dari mulut Fiz. Terus dia masuk ke dalam keretanya. Fiz hanya mampu diam melihat perlaku Ad yang tidak pernah mendengar katanya. Perlahan-lahan Ad menurunkan cermin keretanya.
Sorrylah Fiz. Hati aku belum terbuka nak menghadap muka nenda. Kau cakap kat nenda kesayangan kau tu, apa sekalipun cara yang dia buat. Sampai dia mati pun aku takkan jenguk kubur dia. Babai!” terus dia meluncur laju di atas jalan raya dan meninggalkan Fiz yang menggelengkan kepala melihat perangainya.
***
“Nak pujuk aku pulak orang tua tu. Sampai kau masuk kubur pun aku takkan jejak kat rumah kaulah.” Ad menjerit di dalam kereta sambil memandu keretanya lebih laju.
Serentak telefonnya berbunyi, terus dia memasang hand-free. Dia memperlahankan radio yang dipasang dengan kuat tadi.
Whassup bro, aku ‘chow’ dululah. Takde mood malam ni. Lalat banyak sangat dalam club tadi. Bahan eksperimen yang kau ada tu, esok-esoklah untuk aku explore. Malam ni betul wei, aku takde mood.” Terus dia membelok ke kiri.
“Haa cakap pasal kerja. Aku.. aku..” Ad cuba mengambil kertas kerja yang berada di bahagian kerusi belakang. Apabila dia berjaya mencapai kertas kerjanya serentak dia menekan brek secara mengejut. Di hadapan keretanya sekarang terlihat seorang perempuan yang sedang memegang kepalanya mungkin kerana terkejut. Bukan perempuan itu sahaja yang terkejut, jantung Ad juga gemuruh.
Terus dia mencampak kertas kerjanya ke kerusi sebelah. Apabila dia mendengar suara kawannya di talian serentak dia tersedar.
Nothing bro. Eh bro nanti aku ‘rojer’ kau lagi.” Terus dia menutup talian.
Ad keluar dari keretanya lalu mendekati perempuan tersebut. Ad menolak tangan perempuan tersebut yang sedang memegang kepala itu dengan kasar.
Serentak perempuan tersebut tersedar, lalu memandang Ad dengan pandangan kosong.
“Apa jenis orang kau ni? Otak kau letak kat mana? Nak melintas tak boleh fikir sikit ke nak toleh ke kanan ke kiri?” tengking Ad. Langsung tak dihiraukan bagaimana takutnya muka perempuan tersebut.
“Dah kau pandang aku apa pasal? Duduk sana sikit, aku nak jalan. Sana aku cakap!” Ad menolak perempuan tersebut ke tepi jalan dengan kasar.
Perempuan tersebut langsung tak terkutik atau bergerak sekalipun. Ad bengang melihat perempuan tersebut yang diam serentak dia mendengus lalu masuk ke dalam kereta. Baru mahu pergi dari situ. Terlihat geng-geng motor yang mahu mendekati perempuan tersebut.
“Lantak kaulah perempuan...” Ad mengomel kecil sambil mengerakkan keretanya. Sambil dia melihat cermin sisi. Dia terlihat muka perempuan itu yang ketakutan melihat geng-geng motor tersebut. Terus-terusan dia melihat menyesakkan dadanya.
“Hishhh, menyusahkan betullah perempuan ni...”
***
“Untuk berapa kalinya aku tanya kau perempuan... rumah kau kat mana?” Ad menoleh sekilas ke arah perempuan tersebut yang masih berdiam diri.
“Susah betullah cakap dengan kau ni, lebih baik aku cakap dengan gear ni tau tak?”
Bengang dengan sikap perempuan tersebut. Terus dia memberhentikan kereta ke tepi jalan.
“Menyesal betul aku selamatkan kau dari geng-geng motor tulah. Lebih baik kau duduk sana kena hisap dengan geng motor tu. Dah sekarang kalau kau nak aku hantar kau balik baik kau cakap sekarang mana rumah kau. Aku ada banyak lagi kerja ni. Kau faham tak? Cakap! Cakap boleh tak? Ada emas ke dalam mulut tu??!” Ad mencengkam pipi perempuan tersebut akibat geram membuatkan perempuan tersebut menangis teresak-esak.
Ad buka pintu penumpang tersebut lalu menolak perempuan tersebut keluar dari keretanya. Semakin kuat esakan perempuan tersebut sambil menepuk-nepuk cermin kereta. Ad langsung tidak memandang ke arah perempuan tersebut. Setelah sekian lama, barulah dia menurunkan cermin kereta tersebut.
“Sekarang kau nak naik ke tak? Kalau nak, cakap mana kau punya rumah sekarang.” Ad bersuara dingin. Tanpa memandang ke arah perempuan tersebut.
Perempuan tersebut berhenti menangis lalu memandang ke bawah. Tidak bersuara.
Ad terus menoleh apabila perempuan tersebut tidak bersuara. “Kalau kau masih dengan sikap kau tak nak cakap apa-apa. Aku tinggalkan kau betul-betul sekarang.” Ad menggugut.
Ad mendengus sambil ingin menaikkan semula cermin.
“Sekejap. Saya... saya takde tempat tinggal. Tolong saya.” Perempuan tersebut hanya memandang ke bawah.
Terus terhenti pergerakan Ad apabila mendengar suara perempuan tersebut.
“Dah. Masuklah.”
***
Ad memberhentikan kereta di hadapan hotel bajet rendah. Sesudah membuka tali pinggang dan keluar dari kereta. Perempuan tersebut masih melihat bangunan hotel tersebut dan tidak berginjak. Ad menjenguk dari luar.
“Kau nak keluar ke tak ni? Dah larut malam ni. Aku nak tidur lagi. Esok aku kerja. Kau tak ngantuk ke?” melihat perempuan tersebut diam terus dia menutup pintunya dan pergi ke tempat duduk perempuan tersebut dan membuka pintu kereta untuk perempuan tersebut.
“Kau memang jenis tak berdikari ye. Bukak pintu pun suruh aku.” Ad mengomel.
Perempuan tersebut keluar dengan perlahan. “Tak suruh pun bukak kan pintu.”
“Iyelah. Kalau aku tak bukak, sampai kesudah pun kau tak keluar kan,” Ad terus menonong masuk tanpa menghiraukan perempuan tersebut yang mengikut dari belakang.
Sampai ke kaunter, terus Ad menarik perempuan tersebut rapat ke arahnya apabila ramai lelaki yang tertarik ke arah perempuan itu.
“1 bilik untuk 1 malam, please.” Ad bersuara dingin meminta ke arah perempuan cina yang tersenyum sinis melihat Ad dan perempuan tersebut.
“RM300, cash.” Pinta perempuan cina itu.
Terus Ad keluar kan RM300 tunai dari dompetnya. Dan menyambut kunci bilik dari tangan amoi tersebut. Ad terusan menarik perempuan tersebut naik ke biliknya.
“Saya takut...” perempuan tersebut memandang ke kiri ke kanan. Dengan ruangan kecil untuk berjalan dan suram membuatkan perasaan takut menyelinap.
“Kau nak takut apa pasal? Bukannya aku nak jual kau kat sini.” Ad mendengus sambil membuka bilik hotel tersebut.
Ad menolak perempuan tersebut masuk ke dalam bilik tersebut. “Malam ni kau duduk kat sini. Esok kau pandai-pandailah cari jalan untuk hidup. Okey? Babai!” Ad melangkah ingin keluar dari bilik tersebut.
Serentak perempuan tersebut menyambar tangan Ad. Pergerakan Ad terhenti.
“Apa lagi? Aku nak balik lah. Kau fikir aku nak tidur kat sini ke hah?!” tengking Ad sambil menyentap tangannya.
Perempuan tersebut kembali menunduk. “Saya cuma nak cakap terima kasih sebab tolong saya.”
Ad mendengus lalu tergelak sinis. “Kau fikir aku ni ikhlas sangat ke nak tolong kau? Esok aku dah tak ambil kisah pun pasal kau tau. Kalau kau muncul kat depan mata aku lagi, aku heret kau pergi balai. Iyelah. Mana tahu kau ni PATI mana yang terlepas. Aku tak nak bersubahat.” Perli Ad sambil menjeling ke arah perempuan itu.
“Saya orang Malaysia lah. IC saya aje yang hilang, tak boleh nak tunjukkan kat encik.” Perempuan itu mengetapkan bibir. Tidak tahan dituduh sebagai warga asing.
Ad mencengkam pipi perempuan itu. “Hei kau fikir aku heran sangat ke kalau kau ni orang sini. Kalau kau orang sini mana rumah kau? Takde kan? Jadi jangan banyak menjawap!” terus dihempaskan perempuan itu ke katil. Ad mendengus.
‘Bodoh punya perempuan’ panas hati Ad. Terus dia keluar dari situ.
Ad keluar dari hotel tersebut dengan perasaan tidak sedap. ‘Apahal aku tolong perempuan tu ye?’ Ad berfikir sebentar sambil memegang tombol pintu masuk hotel. ‘Ah lantaklah. Esok pandai-pandailah dia hidup. Malam ni kerja aku dah settle’.
***
“Nenda?” suara Fiz kedengaran di ruangan tamu yang kelam itu.
Nenda Ros menoleh dengan perlahan. “Ad mana, Fiz?”
Fiz duduk di hadapan Nenda ros sambil mengurut lembut tangan Nenda Ros. Kesian melihat Nenda Ros yang terpaksa tidur lambat malam ni kerana menunggu Ad pulang. Sedangkan Ad langsung tidak berminat mahu berjumpa dengan Nenda Ros.
“Fiz mintak maaf, nenda. Fiz tak berjaya pujuk Ad balik.” Fiz cuma menundukkan kepala. Walaupun Nenda Ros kaya-raya tetapi Fiz tahu Nenda Ros rasa kehilangan semejak Ad keluar dari rumah.
Nenda Ros mengeluh. Terkesan dengan jawapan Fiz. Perlahan-lahan dia bangun dari sofa. “Nenda nak masuk tidur dulu,”

Fiz terdiam. Salah dia juga kerana berjanji yang bukan-bukan bahawa Ad akan balik malam ini.